Manafaat Tambahan

Rider yang terdapat di Etiqa Takaful Berhad merupakan satu opsyen kepada para peserta Skim Takaful Keluarga dimana mereka berhak untuk menyertakannya dengan pelan asas.
Walaubagaimanapun para peserta perlu dinasihatkan supaya menyertakan rider-rider ini di mana perlindungan yang lebih luas akan diberikan kepada para peserta dengan memberi sumbangan tambahan yang kecil.
Rider-rider ini boleh disertakan dengan pelan Takaful Keluarga individu iaitu pelan Mesra, Prima, Warisan, Ehsan, Sakinah, Sarjana dan Afiah.


Selain dari manfaat asas. Anda juga boleh menyediakan mana-mana manfaat tambahan yang bersesuaian dengan keperluan dan gaya hidup anda. Manfaat asas ini memberi perlindungan kepada Kematian, Keilatan Kekal & Menyeluruh dan sekiranya anda tidak mengalami sebarang musibah seperti kematian atau keilatan kekal & menyeluruh. Pihak syarikat iaitu pengendali takaful akan memulangkan wang caruman anda beserta keuntungan ( Jika ada ) setelah sijil matang


Manfaat Takaful Pelan Takaful Keluarga
Manfaat tambahan ini hanya melengkapkan dan tidak semestinya anda memiliki kesemua manfaat tambahan yang ditawarkan.
Beberapa contoh manfaat tambahan:-
  1. Manfaat Hospital
  2. Manfaat Kemalangan
  3. Manfaat Penyakit Kritikal
  4. Manfaat Hospital & Pembedahan
  5. Dan beberapa lagi manfaat tambahan 
Dengan sumbangan yang minima anda akan mendapat manfaat yang komprehensif. Anda tidak seharusnya melepaskan peluang untuk memiliki salah satu dari manfaat tambahan ini

36 Penyakit Kritikal

Melalui manfaat ini, Peserta / orang yang dilindungi akan mendapat manfat tambahan yang komprehensif setelah didiagnosis oleh pakar, menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan
 Pengecualian:
  1. Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya penyakit kritikal wujud  sebelum atau pada tarikh pengeluaran Kontrak Asas atau kontrak tambahan, atau tarikh ia dihidupkan semula atau dalam tempoh 180 hari.
  2. Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya penyakit kritikal yang disebabkan secara langsung atau tidak lansung daripada sebarang kejejasan fizikal dan kesihatan atau penyakit yang wujud  sebelum tarikh pengeluaran Kontrak asas, kontrak tambahan atau tarikh ia dihidupkan semula.
  3. Kontrak tambahan ini tidak melindungi sebarang penyakit selain daripada yang dinyatakan dan diterangkan dalam Appendiks A, tidak juga melindungi sebarang penyakit Kritikal, tanda tandanya yang berlaku sebelum pengeluaran Kontrak Asas atau Kontrak tambahan ini atau tarikh ia dihidupkan semula, atau dalam tempoh 180 hari selepasnya
  4. Peserta / Orang yang dilindungi mestilah menghidap Penyakit kritikal untuk tempoh minimum 30 hari sebelum sebarang tuntutan bayaran dijelasakan. sekiranya Peserta / Orang yang dilindungi itu mati akibat Penyakit Kritikal dalam tempoh 30 hari daripada tarikh didiagnosis, tiada sebartang bayaran akan dilunaskan di bawah Kontrak tambahan ini.,
  5. Syarikat tidak akan bertanggunggajawab sekiranya penyakit kritikal itu disebabkan oleh mana mana satu sebab yang dinyatakan dalam peruntukkan Am ( pengecualian )
  6. Kehilangan Peserta / Orang yang dilindungi sama ada didarat, laut atau udara, meskipun kehilangan itu sebelum Tuntutan untuk Kontrak Tambahan dikemukakan kepada Syarikat
Takrif


DIAGNOS- hendaklah bermaksud didiagnosis definitif  yang dibuat oleh pakar perubatan ( seperti yang ditakrifkan di bawah ) berdasarkan bukti khusus seumpamanya seperti diperlukan dalam takrif bagi setiap penyakit Dilindungi seperti yang disenaraikan di bawah dengan sokongan oleh bukti radiologi, klinikal, histologi atau makmal yang boleh kami terima.
Jika terdapat apa-apa keraguan tentang kesesuaian atau ketepatan diagnosis, Syarikat akan membuat pemeriksaan semula ke atas Peserta / Orang yang dilindungi dan / atau apa apa bukti yang digunakan semasa membuat diagnosis tersebut, oleh pakar perubatan yang syarikat lantik dan pendapat pakar perubatan tersebut dalam diagnosis tersebut akan mengikat peserta / Orang yang dilindungi dan syarikat

PAKAR PERUBATAN-Hendaklah bermaksud pengamal perubatan yang berdaftar sepenuhnya, mempunyai kelayakan dalam bidang Perubatan Barat tetapi tidak termasuk pengamal perubatan yang menjadi Peserta / Orang yang dilindungi itu sendiri, suami / isteri, saudara mara, rakan kongsi perniagaan, rakan sekerja, rakan sekutu, atau pekerja dan / atau majikan peserta / Orang yang dilindungi.


36 Penyakit kritikal
1. Penyakit Arteri Koronari
2. Penyakit Arteri Koronari Yang Serius
3. Pengantian Injap jantung
4. Pembedahan Aorta
5. Kardiomiopati
6. Ensefalitis
7. Tumuo Otak Benigna
8. Meningitis Bakteria
9. Penyakit Neuron Motor
10. Penyakit Parkinson
11. Penyakit Aizheimer
12. Poliomielitis
13. Sklerosis Berbilang
14. Sindrom apalik
15. Lumpuh
16. Koma
17. Hilang keupayaan Diri
18. Hilang Perlihatan
19. Hilang pendengaran
20. Hilang pertuturan
21. Kanser
22. Anemia Aplastik
23. Trauma Kepala Utama
24. Luka Terbakar teruk
25. Pemindahan Organ utama
26. kegagalan Buah pinggang
27. Penyakit hati kronik
28. Hepatatis Virus Fulminan
29. Serangan jantung
30. Angioplasti
31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
32. Pembedahan Otak
33. Strok
34. Lumpuh Paraplegia
35. Penyakir paru paru kronik
36. Distrofi otot

Elaun Hospital

Melalui rider ini, peserta akan mendapat manfaat harian sekiranya dimasukan ke hospital akibat kemalangan atau penyakit. Peserta / Orang yang dilindungi akan menerima manfaat harian ini berdasarkan bilangan hari dimasukkan ke dalam wad dan bergantung kepada jumlah manfaat yang dipilih oleh peserta.
Peserta harus diingatkan bahawa manfaat ini bukan untuk menampung apa-apa kos rawatan atau bil perubatan, sebaliknya merupakan manfaat harian sahaja.


Skop perlindungan
Kemasukan ke hospital kerajaan atau pusat rawatan berlesen yang diluluskan oleh syarikat atas cadangan dan kelulusan doktor/pakar bedah yang berkelayakan akibat kemalangan atau penyakit


Tempoh penyertaan
Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua dua pihak dan tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau had tempoh rider ini ( yang mana terdahulu )


Tempoh dan lat sumbangan
Kekerapan bayaran dan tempoh adalah mengikut pelan asas atau hingga peserta berumur 60 tahun ( mana yang terdahulu )


Penamatan kontrak
Kontrak ini akan ditamatkan secara automatik:
  1. Sumbangan untuk kontrak tambahan dan/atau kontrak asas tidak dijelaskan pada hujung tempoh teanggang: Atau
  2. Kontrak asas itu matang, diserahkan atau dibatalkan: Atau
  3. Apabila peserta / Orang yang dilindungi mencapai umur 60 tahun; Atau
  4. Peserta / Orang yang dilindungi itu mati atau mengalami keilatan kekal dan menyeluruh
Had umur penyertaan
Minimum 6 bulan dan maksimum 55 tahun ( tarikh lahir akan datang )

Had manfaat perlindungan
Minimum RM10.00 sehari dan tidak melebihi 10% dari jumlah sumbangan tahunan pelan asas atau RM400.00 sehari untuk dewasa dan RM200.00 untuk Juvana

Pengendalian sumbangan
100% sumbangan akan di tabarru’kan ke Akaun Khas Peserta

Kelayakan tuntutan
Dimasukan ke hospital sekurang kurangnya 3 hari 6 jam. Amaun manfaat akan dikira dari hari pertama dimasukan ke hospital, dan terhad sehingga 365 hari sahaja ( had seumur hidup )

Notis tuntutan
Notis bertulis hendaklah dikemukakan kepada syarikat dalam tempoh enam puluh ( 60 ) hari keluar ( discaj ) hospital

Mudharabah
Sebarang lebihan di penghujung tempoh pelan takaful asas dari Akaun Khas Peserta akan dikongsi antara Syarikat dan Peserta pada kadar 50%:50% dengan syarat tiada tuntutan dibuat atas kontrak rider ini 

Risiko yang dikecualikan
  1. Pencerobohan dan tindakan negara asing, persengketaan ( sama ada perang yang diisytiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, kebangkitan revolusi atau ketenteraan atau rampasan kuasa, rusuhan, kegemparan umum, serangan oleh perompak atau pengganas.
  2. Apabila Peserta / Orang yang dilindungi membunuh diri atau cuba untuk membunuh diri ( samada ada secara sebab jenayahatau tidak ) atau mencederakan diri sendiri ( samada waras atau tidak ) atau dalam pengaruh alkohol atau dadah, sama ada secara tidak sedar atau berniat atau menyedut atau mengunakan racun, gas atau wap beracun
  3. Semasa Peserta / Orang yang dilindungi terlibat dalam perkhidmatan penerbangan, pengendalian sebarang peralatan pengakutan udara bagi tujuan perdagangan, profesion atau hobi atau sebagai krew penerbangan atau semasa terlibat dalam aktiviti payung terjun atau luncur udara atau sebarang aktiviti udara selain daripada menjadi anggota tentera atau polis udara kecuali sebagai juruterbang atau krew atau penumpang dalam penerbangan tentera atau polis yang sah dan rasmi atau sebagai juruterbang atau ahli krew atau penumpang berbayar dalam penerbangan komersial yang berjadual serta melalui laluan tetap;
  4. Jika hilang upaya, kecederaan atau penyakit itu wujud pada tarikh kontrak dikeluarkan atau tarikh ia dihidupkan semula, yang mana berlaku kemudian
  5. Terlibat dalam aktiviti haram atau jenayah, penyertaan dalam sebarang pergaduhanatau sengaja mencari punca;
  6. Aktiviti luncur air atau sebarang aktiviti menyelam yang memerlukan alat bantuan pernafasan; atau sebarang bentuk perlumbaan berkuda atau beroda;
  7. Terdedah kepada bahaya nuklear, peralatan nuklear atau pencemaran radioaktif
  8. Menghidap Sindrom Kurang Upaya Tahan Penyakit ( AIDS ), atau sebarang penyakit berkaitan AIDS, penyakit kelamin yang berjangkit, kehamilan, melahirkan anak, penguguran anak, keguguran atau sebarang atau akibat darinya;
Manfaat ini hanya akan mula berkuatkuasa selepas empat puluh lima ( 45 ) hari dari tarikh sijil ini dikeluarkan atau  dikuatkuasakan semula ( reinstatement ) kecuali atas sebab sebab kemalangan
Nota penting* Kemasukan hospital di luar Malaysia tidak dilindungi di bawah rider ini

Kad Perubatan



Manfaat Hospital & Pembedahan atau lebih popular dipanggil manfaat perubatan atau Kad Perubatan dikalangan orang ramai.
Manfaat ini menawarkan penyelesaian kos perubatan kepada setiap Peserta yang menyertainya. Pada ketika ini, boleh dikatakan semua syarikat Insuran dan Takaful menawarkan manfaat ini dan anda sepatutnya tidak terburu-buru menyertainya. Anda perlu menilai tahap kemampuan anda, keperluan anda dan kesanggupan anda untuk membuat sumbangan pada setiap bulan untuk jangkamasa yang agak panjang. Jika anda merupakan kakitangan yang telah ditawarkan dengan manfaat ini, saya mencadangkan anda tidak menyertainya buat masa ini dan jika anda merupakan seorang usahawan atau peniaga anda seharusnya menyertai manfaat ini sekarang juga.
Dengan adanya manfaat ini. Kos perubatan anda akan ditanggung oleh pengendali takaful. Pengendali takaful tidak akan menanggung sepenuhnya kos perubatan tersebut. Selalunya syarikat pengendali hanya menanggung 90% dari kos yang dikenakan kepada peserta dan peserta perlu membayar 10% dari kos tersebut.


Tanpa simpanan yang mencukupi, anda sudah pasti tidak mampu menanggung kos rawatan jika anda ditimpa musibah





Di saat anda ditimpa musibah. Anda sudah semestinya memerlukan rawatan yang sempurna. Bagaimana jika anda tidak mempunyai simpanan yang mencukupi? Bagaimana dengan kos rawatan anda? Siapa yang akan menanggung kos rawatan tersebut? Anda perlu fikirkan masalah ini…
Anda akan mula terjebak dengan perangkap hutang jika anda tidak memulakan langkah bijak sekarang.
Sila rujuk jadual dibawah ini, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan. sila hubungi saya melalui ruangan pertanyaan yang disediakan..


Manfaat Dalam Hospital & Pesakit Luar



Kemalangan ( A.I.R )

Manfaat Pampasan Kemalangan ( AIR )
Melalui rider ini, Peserta / Orang yang dilindungi akan mendapat manfaat perlindungan sekiranya peserta meninggal dunia, cacat mengalami keilatan kekal dan menyeluruh atau cedera akibat kemalangan. Ia juga membayar manfaat mingguan sekiranya peserta / Orang yang dilindungi mengalami keilatan sementara dan menyeluruh


Jadual manfaat
1. Kematian yang berpunca secara langsung dan tidak bersangkut paut dengan sebarang sebab selain dari [ada kecederaan akibat kemalangan: 100% daripada jumlah Perlindungan akan dibayar
2. Apabila menerima bukti yang memuaskan bahawa kecederaan yang diakibatkan oleh kemalangan yang menyebabkan kehilangan salah satu atau lebih yang dinyatakan dalam ( 1 ) - ( 8 ) di bawah, faedah berikut akan dibayar, dengan syarat jumlah maksimum yang dibayar di bawah klausa 2 tidak melebihi jumlah perlindungan dan tiada tuntutan dibuat atau dibayar untuk ( 1 ) - ( 8 )


Manfaat Keilatan

Definisi kecederaan
Bermaksud kecederaan tubuh disebabkan secara langsung oleh kemalangan

Definisi keilatan kekal dan menyeluruh
  1. Tidak berupaya, memperoleh sebarang upah atau gaji melalui pekerjaan, tugasan atau kemahiran,
  2. Syarat keilatan itu berlanjutan tidak kurang dari tempoh (6) bulan secara berterusan ataupun.
  • hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata; atau
  • hilang / putus kedua belah tangan pada / atas pergelangan tangan; atau
  • hilang / putus kedua belah kaki pada / atas buku lali; atau
  • hilang / putus satu tangan pada / atas pergelangan tangan dan hilang / putus satu kaki pada / atas buku lali; atau
  • kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak boleh dipulihkan dan hilang / putus keseluruhan lengan / pada / atas pergelangan tangan atau buku lali
Untuk juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai


Skop perlindungan
Perlindungan keilatan kekal dan menyeluruh atau kematian akibat kemalangan sahaja.


Tempoh penyertaan
Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua-dua belah pihak dan tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau had tempoh rider ini ( mana yang terdahulu )


Tempoh dan lat sumbangan
Kekerapan bayaran dan tempoh dalah mengikut pelan asas atau hingga peserta berumur 65 tahun ( mana yang terdahulu )


Penamatan kontrak
Kontrak ini akan ditamatkan secara automatik sekiranya;
  1. Sebarang sumbangan untuk kontrak tambahan dan / atau kontrak asas tidak dijelaskan pada penghujung tempoh tenggangl; atau
  2. Kontrak asas itu matang, diserahkan atau tamat; atau
  3. Apabila peserta / orang yang dilindungi mencapai umut 65 tahun; atau
  4. Selepas pembayaran baki 60% daripada jumlah perlindungan MKKAK disebabkan keilatan kekal dan menyeluruh, atau
  5. Apabila pembayaran manfaat kematian atau keilatan kekal; dan menyeluruh dilunaskan.

Pendapatan Keluarga

Rider ini boleh disertakan dengan pelan asas Sarjana sahaja.
Rider ini membayar sejumlah wang ( daripada perlindungan yang dipohon ) setiap tahun dengan kadar setara ( sama rata ), bila penyumbang kepada pelan asas, iaitu Sarjana mengalami keilatan kekal dan menyeluruh atau meninggal dunia.

Membayar pendapatan tahunan untuk keluarga sekiranya penyumbang / pembayar meninggal dunia atau mengalami keilatan kekal dan menyeluruh.
  • Jumlah perlindungan ( tuntutan akan dibayar secara setara ( sama rata bagi baki tempoh kontrak tersebut.
Tempoh penyertaan
Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua-dua belah pihak dan tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau hingga umur diri dilindungi mencapai umur 25 tahun atau pembayar mencapai umur 65 tahun ( mana yang terdahulu )


Had Umur penyertaan
18 hingga 55 tahun


Tempoh dan lat sumbangan
5 hingga 25 tahun, mengikut pelan asas atau pembayar mencapai umur 65 tahun ( yang mana terdahulu )


Had perlindungan
3 x manfaat Asas atau maksimum RM250,000


Pengendalian sumbangan
100% akan ditabarru’kan ke Akaun khas peserta


Had tamat kontrak
Mengikut pelan asas atau pembayar mencapai umur 65 tahun atau Orang yang dilindungi mencapai umur 25 tahun ( yang mana terdahulu )