Di Etiqa Takaful Berhad anda boleh membuat keputusan yang mana satu plan yang anda ingin sertai. Ia berdasarkan kepada keperluan dan kemampuan anda di dalam membuat sumbangan. Bukan mengikut hawa nafsu sewaktu anda ingin menyertai mana mana pelan takaful. Buat pertimbangan dengan tenang dan jangan sekali kali berfikir terlalu lama kerana inilah kelemahan utama orang orang melayu kerana membiarkan masa mengambil alih keputusannya
Anda boleh menilai apakah pakej yang sesuai dengan diri dan keluarga anda. Berapa banyak jumlah perlindungan yang anda inginkan?. Kepada siapa anda ingin serahkan wang pampasan.Sebagai syarikat takaful yang terbesar di
Anda tidak perlu terburu-buru untuk menyertai Takaful Keluarga. Ambil sedikit masa untuk menilai yang mana satukah pelan yang sesuai buat anda sekeluarga? Kerana apabila anda menyertainya anda telah membuat komitmen untuk membuat sumbangan untuk tempoh masa yang agak panjang.
Takaful Keluarga untuk melindungi punca pendapatan anda
Didalam setiap isi rumah selalunya seorang sahaja yang bekerja untuk menampung keperluan seisi keluarga, ada pula keluarga yang dibantu oleh pasangannya untuk meringankan beban tersebut. Perlu diingat bahawa punca pendapatan isi rumah anda bergantung sepenuhnya kepada mereka berdua? Anak-anak anda cuma mampu melihat apa yang anda lakukan
Jika salah seorang dari anda ataupun anda sendiri ditimpa musibah seperti Keilatan Kekal Dan Menyeluruh bolehkah pasangan anda mengambil alih tanggungjawab untuk mencari nafkah seorang diri? Saya yakin tidak.
Oleh yang demikian, melindungi ketua keluarga dan pasangannya adalah cukup penting. Dengan sumbangan yang minima anda mampu membina rizab kecemasan berjumlah RM50,000.00
Sekiranya keluarga anda berbelanja setiap bulan berjumlah RM2,500 maka rizab tersebut mampu bertahan selama 20 bulan. Ini bermakna lagi banyak atau besar saiz rizab anda lagi lama keluarga anda boleh bertahan didalam kedudukan sekarang seandainya anda dan pasangan anda ditimpa musibah seperti diatas
Takaful Keluarga untuk persaraan anda
Jika anda tidak mempunyai wang anda terpaksa bekerja seumur hidup anda. Anda sebahagian dari anda yang membaca laman web ini sebenarnya orang yang telah bersara. Apa yang sedang anda lakukan sekarang? Kenapa anda masih bekerja? Kerana anda sebenarnya perlukan wang, bukankah begitu!!!
Takaful Keluarga untuk pendidikan anak anak anda
PTPTN adalah penyelesaian yang mudah buat masa ini tetapi bukan untuk masa depan bagi anak-anak anda. Dengan suasana ekonomi yang tidak menentu anda lebih terdekat kepada krisis kewangan kerana anda gagal membayar balik pinjaman PTPTN dan sudah pasti anda dikelilingi oleh hutang sebelum anda dapat bekerja? Anda perlu menabung untuk mengelak situasi menjadi lebih buruk pada masa depan.
Melayu lebih suka meminjam dari menyimpan untuk pendidikan
Takaful Keluarga untuk menampung kos perubatan anda
Ingin ditekankan disini, orang yang lebih berumur lebih terdedah kepada serangan penyakit. Tidak dinafikan juga kanak kanak juga mempunyai risiko tetapi secara umumnya kebarangkalian untuk kanak kanak terlibat jauh amat rendah. Oleh itu, siapakah yang perlu pada ketika ini anda diri anda, pasangan anda bukan anak-anak anda.
Anda boleh menyertai pelan takaful buat anak-anak anda setelah anda terlebih dahulu memilikinya.
Pengenalan pelan
Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUNGAN beserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 6 bulan hingga 54 tahun sahaja.
Pelan ini memberikan jaminan Manfaat Perolehan setiap 3 Tahun ( anggaran 10% dari amaun perlindungan atas andaian pulangan pelaburan sebanyak 4% ke atas Akaun Khas peserta ).Kadar pulangan yang lebih tinggi atau rendah akan mengubah jumlah pembayaran ini
Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil walaupun Manfaat Perolehan sudah dibayar
Nisbah Agihan Sumbangan
Tahun Akaun Peserta ( Simpanan ) Akaun Khas peserta ( Khairat )1 0% 100%
2 10% 90% dan seterusnya
Pengeluaran Akaun Simpanan ( AP )
- Peserta tidak dibenar mengeluarkan wang dari Akaun Peserta ( Akaun Simpanan / AP )
Manfaat asas untuk pelan ini adalah seperti berikut:
- Manfaat kematian
- Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
- Pulangan tunai ketika sijil matang melalui akaun ( AP )
Manfaat kematian
- Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
- Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan
- Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.
Manfaat tambahan
Manfaat tambahan yang boleh disertai adalah seperti berikut:-- Manfaat Hospital
- Manfaat Pampasan Kemalangan
- Manfaat Penyakit Kritikal ( 36 jenis penyakit )
- Manfaat Hospital & Pembedahan ( Kad Kerubatan )
Peserta memohon untuk mendapat perlindungan berjumlah RM50,000
Peserta akan menerima 10% dari jumlah amaun perlidungan setiap 3 tahun sekali sehingga sijil matang
Tahun % Pulangan Pulangan
1
2
3 10 RM5,000
4
5
6 10 RM5,000
7
8
9 10 RM5,000
10
11
12 10 RM5,000
13
14
15 10 RM5,000
16
17
18 10 RM5,000
19
20
21 40 RM20,000
Pelan yang menawarkan pulangan berjadual 10% setiap tiga tahun
Jika peserta meninggal dunia semasa sijil masih lagi berkuat kuasa. Waris Peserta TETAP akan menerima jumlah khairat kematian sebanyak RM50,000 tanpa menolak jumlah yang telah diperolehi oleh Peserta ketika ia masih hidup
Selain dari manfaat kematian dan manfaat keilatan kekal dan menyeluruh. pelan ini juga menawarkan manfaat tambahan seperti berikut:-
- Manfaat Hospital
- Manfaat pampasan kemalangan
- Manfaat penyakit kritikal
- Manfaat hospital dan pembedahan ( Kad Perubatan )