Pengenalan Pelan
Faedah simpanan dan perlindungan yang membolehkan anda merancang kewangan demi kesejahteraan anda dan generasi akan datang.
Manfaat Utama
• Membolehkan perlindungan diteruskan sehingga umur 88 tahun walaupun sumbangan telah tamat.
• Pilihan sumbangan terhad pada umur 55, 60 atau 65 tahun.
• Di akhir tempoh kontrak semua amaun terkumpul dan keuntungan dalam Akaun Peserta berserta dengan lebihan Akaun Khas Peserta akan dipulangkan.
• Sekiranya berlaku keilatan kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan serta amaun terkumpul dan keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya keilatan, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh keilatan.
• Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul daripada tahun kedua penyertaan.
• Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam ‘peruntukan bukan lucuthak’ untuk meneruskan penyertaan.
Manfaat Perlindungan Komprehensif
Pakej perlindungan berikut boleh dimasukkan sebagai manfaat perlindungan komprehensif dengan sumbangan tambahan.
• Rider Bertempoh
• Rider Penyakit Kritikal
• Rider Manfaat Hospital
• Rider Pampasan Kemalangan
• Rider Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
• Rider Manfaat Pembayar - Kontrak Juvana sahaja
Kelayakan Penyertaan
Had Umur : 6 bulan hingga 60 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Tempoh Penyertaan : Minimum 28 tahun dan maksimum 87 tahun
Had Umur Matang : 88 tahun (pada tarikh lahir akan datang)
Pembahagian Keuntungan/Lebihan
Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful Berhad.
Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.
*Penting
Fakta penyata ini merupakan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan butir-butir lengkap mengenai syarat dan peraturan, sila hubungi Perunding Takaful anda.
TAKAFUL
Cabang Muamalat Islam yang saling menjamin, menjaga dan memelihara sesama peserta berasaskan kepada konsep Tabarru’.